CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, 10 March 2011

budi bahasa

12 11 2007
“Budi bahasa budaya kita”… kita selalu dengar perkataan ini di media  elektronik dan media percetakan… daripada perbualan orang2 tua…. boleh dikatakan hangat isu ini… tetapi di manakah budi bahasa kita?…
Hakikat sebenar boleh dikatakan remaja-remaja sekarang terutamanya ramai yang tidak ada budi  dan bahasa…. kita boleh lihat dalam masyarakat… yang paling sedih lagi ia berlaku dalam family…
salah siapa?… kita semua akan menuding jari kpd pihak itu dan pihak ini…  adakah ibu bapa?… masyarakat?… media?.. kita renung dan fikir sejenak dari mana silapnya… hari ini kanak-kanak sudah tahu perkataan yang tidak bermoral dan isyarat2 yang berbaur lucah.. Di mana silapnya..


Hari ini teknologi semakin hari semakin canggih dan hebat… hanya di hujung jari… tetapi budi, bahasa dan akhlak mcm mana?…. Marilah kita sama-sama memperkayakan budi bahasa dan akhlak yang di saran dalam islam… terutamanya kepada ibubapa ini kerana keluarga adalah institusi yang paling baik dalam membina sesebuah masyarakat… ia bermula dari rumah (ibubapa)…
Di sinilah asas atau tunjang dalam pembentukkan insan yang berbudi, berbahasa dan berakhlak mulia…. seterusnya masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan ini…

Budi Bahasa Budaya Kita - Siti Nurhaliza binti Tarudin